Seperti minggu-minggu yang lepas , pada minggu ini , kami telah didedahkan tentang Multimedia.
Contoh gambar PNG
Apakah yang dimaksudkan oleh Multimedia ?
Definisi ringkas tentangnya ialah Multi bermaksud pelbagai manakala media bermaksud satu platform perhubungan atau perantaraan . Apabila digabungkan keduanya membawa maksud satu alat perantaraan pelbagai yang merujuk kepada penggunaan alat elektronik , salah satunya ialah komputer.
Antara elemen yang terdapat dalam Multimedia ialah : a) Teks
b) Video
c) Grafik
e) Audio
f) Animasi
Minggu ini , saya bersama rakan-rakan lain telah mendapat ilmu tentang penggunaan grafik bagi menghasilkan sebuah gambar .
Terdapat pelbagai jenis format fail grafik yang boleh digunakan bagi membina sebuah gambar yang dapat memuaskan hati. Antaranya ialah :
- JPEG (*jpg , *jpe)
- PNG (*png)
- BIMP (Bitmap)
- GIF (Grafic Interchange Format)
- TIFF (*tif , Tagged Image File Format )
Kualiti gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan aplikasi BIMP sangat berkualiti kerana resolusinya tinggi dan file bagi BIMP adalah besar.Namun begitu , penyimpanan melalui BIMP memerlukan ruang yang besar. JPEG sering digunakan oleh orang ramai kerana file lebih kecil , akan tetapi , gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan JPEG 'loosy' atau akan berpecah-pecah apabila dibesarkan.
Sekiranya pelajar atau orang ramai ingin menggunakan gambar yang transparent latar belakangnya , mereka boleh menggunakan gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan format file PNG. Gambar yang menggunakan file ini sangat sesuai bagi pengguna terutama pelajar untuk mendekorasi slide perbentangan mereka.
Tambahan kepada format grafik yang lain ialah ;
- WMF : Window Meta File atau vector grafic yang berfungsi untuk membesarkan gambar tanpa menghilangkan kualitinya.
- RGB : Red Green Blue salah satuk bentuk atau formasi warna yang digunakan dalam alat elektronik seperti televisyen dan komputer.
- CYMK : Cyan , Yellow , Magenta
Kolaborasi warna-warna ini digunakan untuk aktiviti printing.
Setelah didedahkan dengan penggunaan aplikasi grafik ini , saya berserta rakan-rakan lain telah menggunakan aplikasi Paint dan juga Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan gambar seterusnya disimpan mengikut format file grafik yang ada .
Paint merupakan satu aplikasi yang menyerupai screenshot capture yang ada atas talian . Aplikasi paint ini dapat digunakan dengan menghasilkan gambar secara sendiri atau mengambil gambar melaui print screen.
Seterusnya , saya dan rakan-rakan lain telah explore menggunakan aplikasi GIMP pula .
GIMP merupakan akronim bagi GNU Image Manipulation Program. Aplikasi ini dangat menarik perhatian kerana kita dapat mengasilkan gambar yang pelbagai dengan penggunaan pelbagai aplikasi layout. GIMP merupakan salah satu Open Source Software yang boleh dimuat turun ke dalam komputer atau laptop secara percuma. GIMP digunakan untuk 'Image Manipulation Tasks' , photo retouching , image composition dan image construction.
No comments:
Post a Comment