Followers

Saturday, 13 October 2012

Refleksi Minggu Kelima

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah kepada rakan-rakan yang telah meluangkan masa untuk singgah ke blog saya ini . >_<


    Pada minggu lalu , Pensyarah untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan saya iaitu Puan Fariza telah menerangkan serba sedikit tentang Web 2.0 . 

       Pada minggu ini , saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi tugasan secara berduet dan dikehendaki membuat perbentangan tentang tajuk kumpulan masing-masing . Tajuk yang telah diberikan oleh Dr. Siti kepada saya dan pasangan iaitu Norli Atikah Othman ialah Thinking Skills and ICT . Kami berdua telah membentangkan tajuk ini pada hari Rabu , 9/10/2012 yang lalu .  



 
                                                                            
                                                                      sumber :klik sini


                                Thinking Skills / Kemahiran Berfikir.

       Apakah Kemahiran Berfikir ?

     Sebagaimana yang sya ketahui , kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu , menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar , bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah seterusnya membuat refleksi serta metakognisi terhadap sesuatu proses yang dialami . 

    
   Jenis-jenis Kemahiran Berfikir.

 1 ) Kemahiran Berfikir Secara Kreatif : kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokaipelbagai kemungkinan bagi menghasilkan sesuatu yang baru , asli , bernilai sama ada bersifat maujud , idea , abstrak atau gagasan .

     Contoh KB : a)  menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
                           b)  mencipta analogi
                           c)  mencipta anafora

 2 ) Kemahiran Berfikir Secara Kritis :  kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea , meneliti kebernasan , kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah .

Contoh KB : a) banding beza 
                      b) membuat kategori
                      c) teliti bahagian kecil dan keseluruhan
                      d) membuat sekuens 
                      e) menerangkan sebab 
                       f) membuat ramalan 
                      g) usul periksa andaian 
                      h) membuat inferens
                       i) mengesahkan sumber maklumat


                       Kepentingan Kemahiran Berfikir Kepada Pelajar


  Dari aspek pendidikan kemahiran belajar akan mempengaruhi cara pembelajarannya sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya.

Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir.

Penekanan terhadap daya pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan tindakan dan perkembangan yang baik





sumber :klik sini



                                                  
                                                        Proses Berfikir


  Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i)  Operasi Kognitif
-
adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii)  
Operasi Meta kognitif
    -
merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu   memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir .



                                          Prinsip Kemahiran Berfikir


            Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

      Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

        Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

   Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

              Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.


                                        Alat Berfikir


 Penguasaan pelajar terutamanya dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Contoh alat berfikir ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu pelajar bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.




           Teknologi Maklumat dan Komunikasi /ICT

Definisi

ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan maklumat, khususnya, penggunaan perkasasan elektronik seperti komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mendapatkan maklumat dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja . 

                                                           

Teknologi maklumat dan komunikasi amat penting kepada masyarakat dunia pada masa kini , terutama para pelajar . Hal ini kerana , teknologi masa kini telah banyak mengalami transformasi dan perubahan yang ketara , kita telah maju dalam penggunaan teknologi pada masa sekarang dan ianya telah membantu dalam hal komunikasi dengan wujudnya pelbagai platform serta aplikasi untuk manusia berhubung dan mendapat maklumat .
   

ICT penting dalam kehidupan kerana ia merangkumi media elektronik dan juga media cetak . Maklumat boleh didapati dimana-mana sahaja sama ada melalui televisyen , internet , surat khabar , majalah , buku-buku ilmiah dan sebagainya .

                         Zaman sekarang adalah zaman ICT , semua penduduk di Malaysia terutamanya sudah celik ICT walaupun berada jauh di pedalaman . :) Kemajuan dikecapi bersama.



Semoga kita sentiasa mengetahui perkembangan yang berlaku disekeliling dan dapat berfikir secara kreatif serta kritis . :)




 Rujukan / Petikan .
http://mahirkbkk.tripod.com/#Definisi
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html

No comments: