Followers

Friday 30 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesebelas

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi singgah membaca coretan blog saya pada minggu ini. 

   Pada minggu yang lalu , saya telah mempelajari tentang bagaimana cara   untuk menghasilkan gambar melalui aplikasi grafik yang sedia ada dalam komputer atau laptop iaitu menggunakan aplikasi Paint , Powerpoint dan GIMP.


  Pada minggu ini , saya berserta rakan-rakan lain telah ditugaskan untuk menghasilkan Broshure tentang  tajuk yang telah diberikan dulu. Broshure yang dihasilkan adalah dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher.





   Terdapat pelbagai jenis broshure design yang sedia ada didalam Microsoft Publisher ini. Saya telah memilih salah satu daripadanya dan mengahsilkan satu broshure yang agak menarik.


                




   Broshure merupakan salah satu aplikasi bahan bacaan yang digunakan oleh orang ramai untuk memperkenalkan sesuatu jenama produk atau pemberitahuan tentang sesuatu perkara kepada orang ramai melalui isi-isi penting yang telah dimasukkan ke dalamnya. 

  Broshure ini terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk . Ada yang mempunyai tiga lipatan yang memuatkan enam halaman yang boleh ditulis atau ditaip. Kebanyakan produk makanan kesihatan menggunakan aplikasi brosure bagi memudahkan orang ramai memahami dan mengenali produk mereka. Namun begitu, aplikasi broshure juga digunakan untuk menceritakan tentang perjalanan sesebuah majlis atau seminar.

 Bagi menghasilkan broshure yang menarik , saya mendapati pelajar atau orang ramai boleh memasukkan gambar, memilih warna latar dan boleh juga menukar design mengikut kehendak masing-masing. 


       


Selain daripada kegunaan untuk perkenalkan produk , broshure juga dapat dijadikan sebagai salah satu medium bercetak yang dapat mengembangkan lebih informasi tentang sesuatu tajuk ilmiah. Saya telah menghasilkan broshure tentang tajuk Kemahiran Berfikir dan ICT.

           




Inilah yang telah dihasilkan melalui aplikasi Microsoft Publisher. Saya hanya menghasilkan yang biasa-biasa sahaja kerana tidak begitu kreatif :) .

    

No comments: