Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua . :)
Bertemu lagi dalam coretan untuk minggu keenam blog saya ini . :)
Pada minggu ini , kelas Komputer Dalam Pendidikan bagi kumpulan S1K5 telah diadakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang , UKM Bangi . Saya dan rakan-rakan yang lain telah menghadri taklimat bagi kali kedua di perpustakaan tersebut , kali ini berkenaan dengan cara-cara atau kaedah untuk mencari tajuk artikel , jurnal atau sesebuah buku yang ingin digunakan melalui laman sesawang PTSL .
Perpustakaan Tun Sri Lanang mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan untuk membantu para pelajar UKM . Terdapat 1 juta bahan bacaan dan rujukan di perpustakaan ini . Selain itu terdapat juga bilik-bilik komputer dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan bagi memudahkan pelajar .
Berbalik kepada taklimat yang telah dihadiri oleh saya dan rakan-rakan yang lain , kami telah didedahkan dengan cara atau kaedah yang lebih mudah bagi mencari sesuatu artikel , jurnal atau tajuk buku . Hal ini kerana , pelajar dapat mencari bahan-bahan bacaan atau rujukan melalui laman sesawang PTSL dan juga boleh menggunakan laman khas untuk mencari bahan bacaan atau rujukan iaitu portal Gemilang .
Portal Gemilang ini bertindak sebagai katalog untuk mencari seseatu bahan ilmiah yang terdapat di Perputakaan Tun Sri Lanang . Pelajar yang ingin mencari bahan bacaan atau rujukan untuk tugasan mereka dengan cara pencarian melalui :
a) Browse atau
b) Keyword .
Para pelajar boleh mencari bahan rujukan atau buku-buku ilmiah dengan menggunakan portal ini dengan memasukkan nombor Matrik pelajar dan kata laluan yang telah diberikan . Sistem ini memudahkan pelajar untuk mengetahui terletaknya sesebuah bahan bacaan yang dicari kerana sekiranya tidak berbuat demikian , agak sukar untuk mencari dirak-rak yang telah disediakan , maklumlah terdapat sejuta buku yang telah disusun rapi oleh pihak perpustakaan .
Para pelajar dan pentadbir juga boleh meminjam dan membuat tempahan buku yang mereka inginkan dengan menggunakan laman portal gemilang ini walaupun mereka berada dirumah .
Namun begitu , bagi pelajar yang ingin mencari bahan seperti artikel dan jurnal pula , terdapat portal khas untuk mencari bahan tersebut iaitu e-Journal .
Saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk mencari 5 artikel yang berkaitan tajuk perbentangan yang telah dibuat . Kami disarankan untuk menggunakan portal ini dan mencari artikel-artikel dengan menggunakan pangkalan data yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan . Antara pangkalan-pangkalan data tersebut ialah Taylor&Francis online , jetP , ProQuest dan banyak lagi . Para pelajar boleh menggunakan pangkalan data mengikut pilihan subjek yang ingin dicari seperti pangkalan data diatas yang dikhaskan untuk subjek pendidikan dan psikologi . Akan tetapi , pangkalan data ini memuatkan artikel atau jurnal berbahasa Inggeris .
Mari kita lihat pangkalan data yang berbahsa Melayu pula . Antaranya ialah UKM Institutional Repository atau dikenali juga sebagai eRep , dan satu lagi merupakan UKM Journal Article Repository . Saya dan rakan tugasan telah menggunakan pangkalan data UKM Institutional Repository untuk mencari artikel bagi tugasan yang diberikan . Kebanyakan artikel yang ada berbentuk pdf doc. jadi sangat mudah untuk dimuatturun sebagai bahan rujukan.
Pada mulanya terdapat gambar kunci pada dokumen artikel tersebut , tetapi boleh dibuka untuk dibaca setelah mendaftar masuk menggunakan nombor Matrik pelajar bersama kata laluan . :)
Bagi pelajar UKM , penggunaan pangkalan data ini sangat memudahkan kerana para pelajar tidak perlu pergi ke perpustakaan disebabkan mereka boleh meggunakan perkhidmatan atas talian perpustakaan yang boleh diakses dimana-mana sahaja .
Selamat berjaya semua :)
No comments:
Post a Comment