Saya pasti anda semua sedang menghabiskan masa bercuti bersama keluarga , tidak kurang juga yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing kan . Walaubagaimanapun , terima kasih kerana masih sempat untuk singgah ke blog hasil coretan saya pada setiap minggu .
Pada minggu kesembilan ini , Puan Fariza telah menerangkan tentang cara bagaimana untuk menghasilkan atau mendapatkan Analisis Data kualitatif .
Apakah data Kualitatif tersebut ? Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang panggilan kepada data ini atau mereka lebih sinonim dengan panggilan lain.
Analisis data kualitatif merupakan analisis yang berbentuk penerangan , huraian , penjelasan atau lebih dikenali sebagai penulisan. Biasanya soalan yang dikemukakan memerlukan responden untuk menjawab dalam bentuk penulisan yang agak panjang dan bukan dalam bentuk angka serta tidak melibatkan ujian statistik.
Analisis data kualitatif memerlukan penelitiaan dan membuat interpretasi terhadap data yang telah dipungut atau dikutip melalui kaedah ' Melihat , Mendengar , Memahami '.
Contoh-contoh data kualitatif :
a) Data Temubual
b) Data Observasi
c) Dokumen Bertulis
e) Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian
Data kualitatif memerlukan penemubual atau pengkaji membuat proses Coding . Proses coding ini dilakukan untuk mencari kata kunci bagi setiap data mentah yang dibuat dan mengklasifikasikan kepada bahagian-bahagian kecil dan meletakkan kata-kata kunci tersebut dibawah satu kata kunci yang lebih besar.
Saya telah membuat analisis data kualitatif ini dengan menggunakan hasil perbincanngan yang telah dibuat melalui i-Folio tentang tajuk SurveyMonkey yang telah dikemukakan oleh pensyarah . Berbagai-bagai kata kunci telah dapat dikenalpasti setelah melakukan kaedah coding atau 'data reduction'.
Prinsip-prinsip data kualitatif ialah :
- Ianya melibatkan proses 'data reduction' (Coding)
- Analisis data yang dibuat bersifat dinamis dan fleksibel
- Melibatkan interpretasi penyelidik
- Data berbentuk 'string' atau ayat. Contohnya , temubual
- Penulisan laporan berbentuk naratif atau penceritaan
Terdapat tiga sumber tema dalam 'Coding' , iaitu :
a) Analisis Isi Kandungan (Content Analysis)
b)Sorotan literature ( Hasil Kajian Lepas)
c)Tema Yang Sudah Termasuk Dalam Soalan
Proses analisis data ini dilakukan dengan cara :
- Membaca keseluruhan data
- Memasukkan tema atau coding dalam kotak bersebelahan
- Setelah open-coding selesai , tema-tema tersebut dikategorikan kedalam atau dibawah tema yang lebih besar
- Menganalisis semua bagi melihat jikalau ada tema yang tidak dicatat
- Mndapatkan tema yang muktamad
Hasil pengklasifikasi dan pengkategorian yang telah dibuat , data boleh dilihat melalui rajah pokok . Seterusnya , melalui data daripada rajah pokok yang telah dibuat tersebut , saya telah menceritakannya melalui penulisan naratif bagi menghasilkan sebuah laporan yang lengkap. Laporan tersebut merangkumi semua kata kunci yang telah dikategorikan.
Sekarang masa untuk menyiapkan laporan dan menguploadkan ke dropbox serta yahoogroup masing-masing :)
2 comments:
Good job, thanks! :)
welcome Puan :)
Post a Comment