Sudah 14 minggu saya menulis dalam ruangan blog ini mengenai Kursus Komputer dalam Pendidikan. Alhamdulillah dengan refleksi yang telah dibuat walaupun tidak selengkap orang lain dan In Sha Allah , semoga blog ini dapat diisi serta dipenuhi lagi oleh penulisan-penulisan lain selepas ini. :)
Pada minggu terakhir ini , saya dan rakan-rakan yang lain telah mempelajari cara-cara untuk memasukkan markah pelajar dan mengira markah-markah tersebut dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel yang terdapat dalam Microsoft Office. Kami diminta untuk membuat senarai pelajar dan memasukkan markah mereka ke dalam kotak lajur yang disediakan mengikut subjek .
Microsoft Excel berupa software yang berbentuk kotak senarai yang digunakan untuk membuat senarai markah pelajar , penyata kewangan dan sebagainya.
Aplikasi ini memudahkan kita untuk mengira data-data yang diperlukan secara automatik.
terdapat pelbagai jenis fungsi menu yang terdapat dalam software ini. Penggunaan menu f atau function dapat membantu dalam pengiraan , begitu juga menu formula.
Selain itu , pengiraan markah atau data dapat dipersembahkan dalam bentuk carta , graf dan sebagainya.
Pengiraan markah dilakukan dengan menggunakan data - data yang disediakan didalam menu function antaranya ialah :
a) Max - markah tertinggi
b) Min- markah terendah
c) Average -markah purata
d) STDEV - sisihan piawai
e) Median - titik tengah
f) Mode - Mood
g) Countif
h) Vlookup dan sebagainya
Cara yang sama juga digunakan untuk menyediakan penyata kewangan peribadi .
Selamat mencuba :) !
No comments:
Post a Comment