Followers

Wednesday 3 October 2012

Refleksi Pembelajaran Miggu Ketiga

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Semua .
         

              Minggu ini telah masuk minggu keempat , tetapi saya ingin menulis tentang minggu ketiga untuk pembelajaran kursus GE1155 atau Komputer Dalam Pendidikan . 


       Pada minggu lalu lebih banyak maklumat tentang aplikasi alam maya yang telah dapat saya pelajari . Walaupun agak susah untuk meneroka semua itu , namun akhirnya dapat juga diselesaikan setelah bertanya kepada rakan-rakan dan usaha sendiri demi untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu aplikasi tersebut . Antara aplikasi yang telah diterokai ialah Dropbox , pengetahuan tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran / Kursus (C/LMS) dan membuat laporan menggunakan Google Document .
  


                                                       DROPBOX 

   Perkara pertama yang diterokai ialah Dropbox . Ia merupakan salah satu aplikasi yang serupa atau menyamai Pendrive atau External Hard Disc yang diguna pakai oleh pelajar dan orang ramai untuk menyimpan maklumat seperti dokumen , gambar , dan sebagainya . 





     Aplikasi Dropbox sangat menarik kerana ianya sangat fleksible . Penggunaan Dropbox boleh dikatakan selamat kerana apabila sesuatu dokumen atau fail yang saya buat akan disimpan secara automatik ke dalam Dropbox ini . Ianya boleh  menjadi satu agen penyelamat sekiranya berlaku sesuatu terhadap komputer atau notebook pengguna aplikasi ini kerana aplikasi ini boleh digunakan secara meluas melalui telefon pintar , Ipad dan sebagainya .

    Cara untuk menggunakan aplikasi ini sangat mudah, hanya perlu mendaftar dan mendapat ruang penyimpanan  sebanyak 2GB serta diberikan ruang simpanan percuma sebanyak 500MB . Saya juga mengetahui , jika kita mempromosi Dropbox ini , kita akan mendapat ruang simpanan secara percuma dengan lebih banyak lagi . Oleh itu , perlu pandai-pandailah untuk mendpatkan ruang simpanan percuma tersebut :) .

  Saya telah mendaftar dan memuat turun Dropbox ini untuk kegunaan dalam notebook saya :) . Penggunaannya terlihat apabila saya menyimpan fail bentuk PDF , dan secara automatik fail tersebut masuk ke dalam akaun Dropbox saya . 




                                                                                               
                                                                                                  Cara Mendaftar :klik sini :)

Nota kaki : Selamat Meneroka !







                             Sistem Pengurusan Pembelajaran / Kursus  (C/LMS)


          Pada minggu ini juga saya telah mempelajari tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Kursus yang lebih dikenali Course / Learning Management System . Sistem - sistem ini telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk pengajar seperti para pensyarah atau guru serta para pelajar , terutama pelajar-pelajar IPT .


   Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS merupakan salah satu alat atau aplikasi atas talian yang digunakan oleh para pengajar khususnya pensyarah-pensyarah untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan pelajar mengenai proses pembelajaran . Saya mendapat tahu bahawa salah satu aplikasi LMS yang digunakan di UKM ialah iFolio .


                                                                     sumber :klik sini

    Penggunaan aplikasi LMS ini sangat mudah dan para pengajar tidak perlu bersemuka dengan pelajar untuk memberitahu tentang sesuatu proses pengajaran yang akan dijalankan kerana semua perkara tersebut akan dimuatnaik ke dalam aplikasi LMS ini . Sebagai contohnya , di dalam iFolio terdapat pelbagai elemen yang memudahkan pengajar untuk berinteraksi dengan pelajar mereka .

 Pengunguman atau tugasan hanya berlaku atas talian dan terus kepada pelajar tidak kira walau dimana mereka berada .


   
 LMS memeudahkan para pengajar dan pelajar melekukan proses pembeljaran mereka . Selain daripada iFolio , terdapat juga contoh-contoh lain seperti eFront , Atutor dan Dokeos . Semua ini adalah percuma .

1. eFront


                                                                                                   sumber : klik sini



  2. Atutor
 

                                                                                  sumber: klik sini


       

            Sistem Pengurusan Kursus (CMS) merupakan  alat atau aplikasi untuk digunakan oleh para pelajar bagi mendaftar kursus yang diambil semasa berda di universiti . Aplikasi ini memudahkan pelajar untuk mendaftar kursus yang ingin merka ambil tidak kira dimana mereka berada kerana aplikasi ini juga berlaku secara atas talian .
 
        Pentadbiran pendaftaran tidak perlu bersusah payah untuk mengendalikan urusan pendaftaran pelajar secara atas kertas . Tiada borang yang perlu ditulis tangan . Kaedah ini mengurangkan penggunaan tenaga pengajar , pentdbir dan sebagainya .


Sebagai contohnya , di UKM kita , mengguknakan aplikasi SMPWEB yang telah memudahkan pelajar untuk mendaftar serta menggugurkan kos sebagaimana mereka ingini .






   Sebelum menggunakan aplikasi ini , pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu kerana sistem ini memerlukan seseorang pelajar untuk mengakses masuk ke dalam halaman dengan menggunakan nombor kad matrik pelajar serta nombor pin yang telah diberikan . Sistem CMS ini sama seperti LMS , cuma berbeza dari segi penggunaannya untuk para pengajar dan para pelajar di universiti .

   CMS ini lebih kepada aplikasi untuk memebantu pelajar tentang kursus dan pelajar boleh menyemak status hutang pelajar dan sebagainya meleui aplikasi ini manakala iFolio pula lebih kepada pemberitahuan tentang pengajaran yang akan dibuat pada setiap kelas atau kuliah . Ianya memberikan kemudahan kepada para pensyarah untuk memberikan tugasan kepada para pelajar .

      Namun begitu , CMS dan LMS ini ini mempunyai keburukannya juga iaitu apabila tiada akses internet maka sebarang urusan atas talian tidak dapat dilakukan .




                                                         Google Document

         Google Document adalah salah satu platform untuk memudahkan pelajar membuat sesuatu dokumen atau fail dan menukarkannya kepada Microsoft Word (.docx) , PDF Document (.pdf), Rich Text Format (.rtf) dan sebagainya

     Saya telah menggunakan Google Doc ini semasa membuat laporan mengenai CMS dan LMS . Ianya sangat menarik kerana pelbagai aplikasi boleh dimasukkan semasa membuat laporan tersebut . 

    Semasa menyiapkan laporan tersebut , tiba-tiba sahaja laptop menjadi hang dan masih tidak menjadi memberi respon selepas beberapa kali direfresh . Takut pula jika semua yang telah ditaip hilang begitu sahaja . Namun begitu , hati saya berasa lega setelah mengetahui bahawa aplikasi Google Doc ini menggunakan autosaving , semua yang ditaip disimpan secara automatik dan saya boleh melihat semula apa yang telah saya apabila membuka kembali akaun Google doc saya . 




                                                                                                       sumber : klik sini

                                                                                                        sumber:klik sini                                                                                                                                                                                                                                


   Inilah hasil yang telah dapat saya pelajari dan faham pada sesi pembelajaran minggu ketiga yang lepas , masih ada satu tugasan lagi yang tertinggal iaitu berkaitan Perbezaan antara Post  dan Emel . 

Nota Kaki : Teruskan Lagi Usaha ! :)







































































































No comments: