Followers

Saturday 22 September 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 dan 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Syukur ke hadrat Illahi kerana pada minggu 1 dan 2 ini saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan walaupun telah mengalami pelbagai masalah semasa sesi pembelajaran .

Terima kasih kepada Puan Fariza Khalid yang telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan  kepada kami tentang Kursus Komputer dalam Pendidikan sehingga kami mampu menghasilkan emel rasmi , Facebook , dan blog yang lebih beretika . Sebelum ini , saya sendiri terutamanya , tidak pernah terfikir untuk membuat blog sendiri kerana tiada bimbingan untuk membinanya . Melalui kelas ini , pelbagai ilmu telah dapat dipelajari oleh saya serta rakan-rakan kumpulan yang lain . 

Namun begitu , terasa agak terkilan apabila tidak dapat untuk invite people bagi akaun Yahoogroup . Sudah banyak kali mencuba , akan tetapi gagal juga dan tidak mengetahui puncanya . Saya akan berusaha untuk memperbaikinya lagi . 

Pada minggu pertama yang lalu , Dr. Siti Fatimah telah menerangkan tentang kursus Komputer Dalam Pendidikan ini . Pada mulanya terasa agak kekeok dengan kelas ini , maklumlah saya tidak pandai sangat hal-hal berkaitan teknologi ini apabila disuruh untuk membina emel rasmi serta komponen media sosial yang lain . 

Akan tetapi dengan bimbingan pensyarah iaitu Puan Fariza , semuanya nampak lebih jelas . Saya berharap kelas ini akan terus menjadi kelas yang paling menyeronokkan kepada semua rakan yang lain .



Nota Kaki : Saya budak baru belajar . Sekian.

No comments: