Followers

Thursday, 11 October 2012

Refleksi Minggu Keempat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi singgah diblog saya . :)


         Minggu ini telah masuk minggu kelima sesi pembelajaran bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan
   ( GE1155) . Namun begitu , saya akan membuat coretan tentang pembelajaran bagi minggu keempat sepertimana tajuk post diatas . Pada minggu keempat yang lalu , saya dan rakan-rakan telah diberi pendedahan tentang Web 2.0 .

                                                                   sumber :klik sini

     Web 2.0 merupakan istilah bagi menggambarkan aplikasi-aplikasi Internet generasi baru yang merevolusi kita dalam menggunakan Internet atau World Wide Web . Semua aplikasi ini membawa kita kepada ke dalam babak baru penggunaan Internet yang berbeza penggunaannya pada pertengahan tahun 1990-an dahulu .

   
Web 2.0 termasuklah ciri-ciri berikut dan tekniknya .


Carian : Mencari maklumat melalui carian kata kunci.

Pautan : Menyambung maklumat bersama-sama ke dalam maklumat yang bermakna ekosistem menggunakan model Web, dan menyediakan penghalang rendah alat sosial.

Authoring: Keupayaan untuk mencipta dan mengemaskini kandungan membawa kepada kerja kerjasama ramai dan bukannya hanya beberapa penulis web. Di wiki, pengguna boleh melanjutkan, buka dan buat semula kerja masing-masing. Dalam blog, post dan komen-komen individu membina dari masa ke masa.

Tags :  Pengkategorian kandungan oleh pengguna menambah "tag" pendek, biasanya satu perkataan penerangan untuk memudahkan mencari, tanpa pergantungan kepada kategori pra-dibuat. Koleksi tags dicipta oleh ramai pengguna dalam satu sistem tunggal boleh disebut sebagai "folksonomies" (iaitu, taksonomi rakyat).

Extensions: Perisian yang membuat Web sebuah platform aplikasi serta pelayan dokumen. Ini termasuk perisian seperti Adobe Reader, Adobe Flash player, Microsoft Silverlight, ActiveX, Oracle Jawa, QuickTime, Windows Media, dan lain-lain.

Isyarat: Penggunaan teknologi sindikasi seperti RSS untuk memberitahu pengguna tentang perubahan kandungan.
                                                                                                 sumber : klik sini



       Aplikasi Web 2.0 yang paling popular masa kini adalah seperti Facebook , Twitter , Hi5 , dan banyak lagi .
       Aplikasi-aplikasi ini adalah percuma . Google sendiri merupakan platform Web 2.0 yang paling ramai digunakan oleh orang diseluruh dunia .




                                                                                 sumber : klik sini




                                                                              sumber :klik sini


   Web 2.0 memudahkan orang ramai , termasuk saya sendiri untuk berkomunikasi secara atas talian dengan menggunakan aplikasi seperti Facebook , Twitter , Blog dan sebagainya .
      Kesimpulannya , Web 2.0 adalah anjakan baru yang telah dimajukan daripada Web 1.0 yang terdahulu .








No comments: