Kembali lagi kita dalam coretan blog saya ini . Pada minggu ini , saya dan pasangan tugasan, Norli Atikah Othman telah melakukan soal selidik berkenaan tajuk yang telah dibentangkan pada dua minngu yang lepas iaitu tentang Thinking Skills and ICT . Kami berdua telah melakukan soal selidik tersebut dengan menggunakan aplikasi pangkalan data Surveymonkey .
Sebanyak 10 soalan telah dibuat dan disebarkan untuk mendapatkan respon . Sebenarnya kami melaksanakan tugas ini dirumah kerana tengah bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidiladha . :)
SurveyMonkey ini merupakan salah satu aplikasi bagi orang ramai melakukan soalselidik atas talian tanpa menggunakan 'hardcopy' . Aplikasi ini merupakan salah satu daripada open source yang ada di laman sesawang . Para pengguna boleh membina soalselidik sendiri dan mendapatkan data serta menganalisis data tersebut dengan mudah menggunakan SurveyMonkey ini .
Semuanya adalah percuma kecuali jika terdapat soalan yang memerlukan pendapat responden , SurveyMonkey tidak dapat menganalisis dengan lebih jelas .
Cara-cara untuk melakukan soalselidik menggunakan aplikasi ini sangat mudah , untuk pengguna kali pertama haruslah mendaftar terlebih dahulu sepeti paparan gambar di bawah ;
1.
surveymonkey
2.
Setelah itu anda boleh membina soalan-soalan yang berkaitan untuk soalselidik . :)
Aplikasi ini sangat membantu pelajar seperti saya untuk melakukan soalselidik yang ringkas dan padat . :)