Followers

Saturday, 22 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-14

     Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada rakan-rakan yang mengunjungi blog coretan saya ini.
Sudah 14 minggu saya menulis dalam ruangan blog ini mengenai Kursus Komputer dalam Pendidikan. Alhamdulillah dengan refleksi yang telah dibuat walaupun tidak selengkap orang lain dan In Sha Allah , semoga blog ini dapat diisi serta dipenuhi lagi oleh penulisan-penulisan lain selepas ini. :)


Pada minggu terakhir ini , saya dan rakan-rakan yang lain telah mempelajari cara-cara untuk memasukkan markah pelajar dan mengira markah-markah tersebut dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel yang terdapat dalam Microsoft Office. Kami diminta untuk membuat senarai pelajar dan memasukkan markah mereka ke dalam kotak lajur yang disediakan mengikut subjek .






Microsoft Excel berupa software yang berbentuk kotak senarai yang digunakan untuk membuat senarai markah pelajar , penyata kewangan dan sebagainya.
Aplikasi ini memudahkan kita untuk mengira data-data yang diperlukan secara automatik.
terdapat pelbagai jenis fungsi menu yang terdapat dalam software ini. Penggunaan menu f atau function dapat membantu dalam pengiraan , begitu juga menu formula. 







Selain itu , pengiraan markah atau data dapat dipersembahkan dalam bentuk carta , graf dan sebagainya.








Pengiraan markah dilakukan dengan menggunakan data - data yang disediakan didalam menu function  antaranya ialah :
a) Max - markah tertinggi
b) Min- markah terendah
c) Average -markah purata
d) STDEV - sisihan piawai
e) Median - titik tengah
f) Mode - Mood
g) Countif
h) Vlookup dan sebagainya



Cara yang sama juga digunakan untuk menyediakan penyata kewangan peribadi .
Selamat mencuba :) !

Saturday, 15 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-13

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang telah singgah ke blog coretan tentang refleksi pembelajaran saya pada kali ini . :)

Pada minggu ini , saya dan rakan-rakan lain telah melaksanakan tugasan berkaitan Microsft Power Point. Tugasan dilakukan secara berpasangan. :)
Saya dan rakan tugasan telah menghasilkan satu slide berkaitan dengan tajuk yang telah diperolehi dahulu , iaitu Thinking Skills dan ICT.

Kami telah menghasilkan nota dan beberapa soalan tentang tajuk tersebut dengan menggunakan aplikasi Power Point. Dalam slide tersebut , pelbagai animasi gambar , audio , grafik dan video telah dimasukkan.

Dengan aplikasi ini , saya telah mengetahui cara bagaimana ingin menjadikan slide-slide yang dibuat boleh kembali kepada laman atau muka surat yang asal atau permulaan iaitu dengan menggunakan kaedah hyperlink. Melalui kaedah ini , apabila pembaca atau pengguna menekan pada tajuk yang telah disediakan, ia akan membawa mereka kepada soalan atau jawapan mengikut link yang mereka tekan.

Langkah- langkah untuk mendapatkan slide seperti ini ialah dengan menghitamkan perkataan yang ingin dimasukkan link tersebut.

contohnya :


 



Apabila tekan pada tajuk yang ditujukkan , ia akan terus membawa anda kepada isi tentang tajuk tersebut seperti dibawah :



Langkah- langkah untuk mendapatkan slide seperti ini ialah dengan menghitamkan perkataan yang ingin dimasukkan link tersebut :



kedua adalah dengan memasukkan link pada hyperlink dan pilih place in this document .





Cara tersebut juga digunakan dalam menjawab soalan yang telah diberikan , iaitu dengan meletakkan link pada pilihan jawapan yang telah dibuat . Apabila penjawab soalan menekan jawapan tersebut akan membawa mereka kepada jawapan yang betul atau salah.
















Saturday, 8 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-12

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada rakan-rakan yang telah menjengah ke blog coretana saya pada setia minggu ini. Sedar tak sedar sudah minggu ke-12 dah kita dalam semester 1 tahun 1 ini .  Tidak lama lagi saya dan para rakan lain akan menghadapi peperiksaan akhir. hee , lambat lagi kot , :)

Pada minggu ini , saya dan rakan-rakan meneroka tentang penggunaan aplikasi CASPER .

Apa itu CASPER ?  Sememangnyalah bukan kartun hantu dalam televisyen tu .

CASPER  merupakan aplikasi yang sama seperti Microsoft Power Point yang kita gunakan untuk membuat slide-slide perbentangan , tetapi , CASPER boleh dibuat dengan menggunakan platform OpenOffice dan inya berlainan daripada Microsoft Power Point yang selalu kita gunakan . Aplikasi CASPER ini lebih advance . 

CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment,  simplicity, proximity, emphasis dan repetition.



                         




Prinsip reka letak CASPER(Principle of Layout CASPER)
merupakan panduan menyusun
media seperti teks, grafik, animasi dan
video pada sesuatu persembahan
yang dapat merangsang perhatian dan
minat penonton. Skrin yang diletakan
dengan media tanpa di rancangan
menyebabkan persembahan yang
kurang menarik. Prinsip reka letak
CASPER berdasarkan singkatan
perkataan CASPER seperti dalam
Rajah 4.2 berikut:

(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian
perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).
Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar
belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,

kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan
perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin
dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

Contrast  boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur  mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.


(ii) Alignment (Susunan Lurus)
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka
perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin
dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam
prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga
perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap
paparan perisian.



(iii) Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam
perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian
dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna
dari teks yang panjang lebar.




(iv) Proximity (Berhampiran)

Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan
pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini
akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.




(v) Emphasis (Penekanan)

Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.
Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak
menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian
pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.


(vi) Repetition (Pengulangan)

Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya
pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan
media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah
kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai
kecenderungan yang terhadap media.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
                      
                  ·        saiz teks dan objek,

·        bentuk teks dan objek,
·        susun atur teks dan objek,
·        warna teks, warna objek dan warna latar,
·        grafik dan animasi.





Pastikan anda telah download OpenOffice bagi menggunakan Open Office Impress untuk menghasilkan Power Point yang menarik :)




Friday, 30 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesebelas

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi singgah membaca coretan blog saya pada minggu ini. 

   Pada minggu yang lalu , saya telah mempelajari tentang bagaimana cara   untuk menghasilkan gambar melalui aplikasi grafik yang sedia ada dalam komputer atau laptop iaitu menggunakan aplikasi Paint , Powerpoint dan GIMP.


  Pada minggu ini , saya berserta rakan-rakan lain telah ditugaskan untuk menghasilkan Broshure tentang  tajuk yang telah diberikan dulu. Broshure yang dihasilkan adalah dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher.





   Terdapat pelbagai jenis broshure design yang sedia ada didalam Microsoft Publisher ini. Saya telah memilih salah satu daripadanya dan mengahsilkan satu broshure yang agak menarik.


                




   Broshure merupakan salah satu aplikasi bahan bacaan yang digunakan oleh orang ramai untuk memperkenalkan sesuatu jenama produk atau pemberitahuan tentang sesuatu perkara kepada orang ramai melalui isi-isi penting yang telah dimasukkan ke dalamnya. 

  Broshure ini terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk . Ada yang mempunyai tiga lipatan yang memuatkan enam halaman yang boleh ditulis atau ditaip. Kebanyakan produk makanan kesihatan menggunakan aplikasi brosure bagi memudahkan orang ramai memahami dan mengenali produk mereka. Namun begitu, aplikasi broshure juga digunakan untuk menceritakan tentang perjalanan sesebuah majlis atau seminar.

 Bagi menghasilkan broshure yang menarik , saya mendapati pelajar atau orang ramai boleh memasukkan gambar, memilih warna latar dan boleh juga menukar design mengikut kehendak masing-masing. 


       


Selain daripada kegunaan untuk perkenalkan produk , broshure juga dapat dijadikan sebagai salah satu medium bercetak yang dapat mengembangkan lebih informasi tentang sesuatu tajuk ilmiah. Saya telah menghasilkan broshure tentang tajuk Kemahiran Berfikir dan ICT.

           




Inilah yang telah dihasilkan melalui aplikasi Microsoft Publisher. Saya hanya menghasilkan yang biasa-biasa sahaja kerana tidak begitu kreatif :) .

    

Friday, 23 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesepuluh

      Assalamualaikun dan Salam Sejahtera kepada rakan-rakan yang mengunjungi coretan blog saya pada minggu ini . Sebagaimana yang diketahui , minggu ini adalah perjumpaan kita selepas bercuti selama seminggu  pada minggu lepas . Seronokkan bercuti sebab dapat meluangkan masa bersama keluaga masing-masing :) .

      Seperti minggu-minggu yang lepas , pada minggu ini , kami telah didedahkan tentang Multimedia.



                                                                  Contoh gambar PNG

                                           Apakah yang dimaksudkan oleh Multimedia ?

        Definisi ringkas tentangnya ialah Multi bermaksud pelbagai manakala media bermaksud satu platform perhubungan atau perantaraan . Apabila digabungkan keduanya membawa maksud satu alat  perantaraan pelbagai yang merujuk kepada penggunaan alat elektronik , salah satunya ialah komputer.

        Antara elemen yang terdapat dalam Multimedia ialah :         a) Teks
                                                                                                  b) Video
                                                                                                  c) Grafik
                                                                                                  e) Audio
                                                                                                   f) Animasi

                     
                     
                       
                                                                                   
                                                             

            Minggu ini , saya bersama rakan-rakan lain telah mendapat ilmu tentang penggunaan grafik bagi menghasilkan sebuah gambar .      

      Terdapat pelbagai jenis format fail grafik yang boleh digunakan bagi membina sebuah gambar yang dapat memuaskan hati. Antaranya ialah :

  •     JPEG  (*jpg , *jpe)
  •     PNG   (*png)
  •     BIMP (Bitmap) 
  •     GIF (Grafic Interchange Format)
  •     TIFF (*tif , Tagged Image File Format )   
 

         Kualiti gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan aplikasi BIMP sangat berkualiti kerana resolusinya tinggi dan file bagi BIMP adalah besar.Namun begitu , penyimpanan melalui BIMP memerlukan ruang yang besar. JPEG sering digunakan oleh orang ramai kerana file lebih kecil , akan tetapi , gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan JPEG 'loosy' atau akan berpecah-pecah apabila dibesarkan.
     Sekiranya pelajar atau orang ramai ingin menggunakan gambar yang transparent latar belakangnya , mereka boleh menggunakan gambar yang dihasilkan atau disimpan menggunakan format file PNG. Gambar yang menggunakan  file ini sangat sesuai bagi pengguna terutama pelajar untuk mendekorasi slide perbentangan mereka.
     
   Tambahan kepada format grafik yang lain ialah ;

  • WMF : Window Meta File atau vector grafic yang berfungsi untuk membesarkan gambar tanpa menghilangkan kualitinya.
  • RGB : Red Green Blue salah satuk bentuk atau formasi warna yang digunakan dalam alat elektronik seperti televisyen dan komputer.
  • CYMK : Cyan , Yellow , Magenta


                                      




              Kolaborasi warna-warna ini digunakan untuk aktiviti printing.



              Setelah didedahkan dengan penggunaan aplikasi grafik ini , saya berserta rakan-rakan lain telah menggunakan aplikasi Paint dan juga Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan gambar seterusnya disimpan mengikut format file grafik yang ada .

 Paint merupakan satu aplikasi yang menyerupai screenshot capture yang ada atas talian . Aplikasi paint ini dapat digunakan dengan menghasilkan  gambar secara sendiri atau mengambil gambar melaui print screen.


                                           

                 

                          



    Seterusnya , saya dan rakan-rakan lain telah explore menggunakan aplikasi GIMP pula .
GIMP merupakan akronim bagi GNU Image Manipulation Program. Aplikasi ini dangat menarik perhatian kerana kita dapat mengasilkan gambar yang pelbagai dengan penggunaan pelbagai aplikasi layout. GIMP merupakan salah satu Open Source Software yang boleh dimuat turun ke dalam komputer atau laptop secara percuma. GIMP digunakan untuk 'Image Manipulation Tasks' , photo retouching , image composition dan image construction. 


                                                     
                         



                                         
   

Saturday, 10 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesembilan

            Assalamualaikum dan Selamat Bercuti kepada rakan-rakan semua :)

        Saya pasti anda semua sedang menghabiskan masa bercuti bersama keluarga , tidak kurang juga yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing kan . Walaubagaimanapun , terima kasih kerana masih sempat untuk singgah ke blog hasil coretan saya pada setiap minggu . 

             Pada minggu kesembilan ini , Puan Fariza telah menerangkan tentang cara bagaimana untuk menghasilkan atau mendapatkan Analisis Data kualitatif  

           

        Apakah data Kualitatif tersebut ? Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang panggilan kepada data ini  atau  mereka lebih sinonim dengan panggilan lain.  
    
         Analisis data kualitatif merupakan analisis yang berbentuk penerangan , huraian , penjelasan atau lebih dikenali sebagai penulisan. Biasanya soalan yang dikemukakan memerlukan responden untuk menjawab dalam bentuk penulisan yang agak panjang dan bukan dalam bentuk angka serta tidak melibatkan ujian statistik. 
    
       Analisis data kualitatif memerlukan penelitiaan  dan membuat interpretasi terhadap data yang telah dipungut atau dikutip melalui kaedah ' Melihat , Mendengar , Memahami '.

    Contoh-contoh data kualitatif :
                                                         a) Data Temubual
                                                         b) Data Observasi
                                                         c) Dokumen Bertulis 
                                                         e) Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian   


       Data kualitatif memerlukan penemubual atau pengkaji membuat proses Coding . Proses coding ini dilakukan untuk mencari kata kunci bagi setiap data mentah yang dibuat dan mengklasifikasikan kepada bahagian-bahagian kecil dan meletakkan kata-kata kunci tersebut dibawah satu kata kunci yang lebih besar. 
       
      Saya telah membuat analisis data kualitatif ini dengan menggunakan hasil perbincanngan yang telah dibuat melalui i-Folio tentang tajuk SurveyMonkey yang telah dikemukakan oleh pensyarah . Berbagai-bagai kata kunci telah dapat dikenalpasti setelah melakukan kaedah coding atau  'data reduction'.  


                 Prinsip-prinsip data kualitatif ialah :
  • Ianya melibatkan proses 'data reduction' (Coding) 
  • Analisis data yang dibuat bersifat dinamis dan fleksibel 
  • Melibatkan interpretasi penyelidik 
  • Data berbentuk 'string' atau ayat. Contohnya , temubual
  • Penulisan laporan berbentuk naratif atau penceritaan


                     Terdapat tiga sumber tema dalam 'Coding' , iaitu :

                                                                                          
                                                       a) Analisis Isi Kandungan (Content Analysis)
                                                       b)Sorotan literature ( Hasil Kajian Lepas)   
                                                       c)Tema Yang Sudah Termasuk Dalam Soalan




                                        Proses analisis data ini dilakukan dengan cara :


  1. Membaca keseluruhan data   
  2. Memasukkan tema atau coding dalam kotak bersebelahan
  3. Setelah open-coding selesai , tema-tema tersebut dikategorikan kedalam atau dibawah tema yang lebih besar
  4. Menganalisis semua bagi melihat jikalau ada tema yang tidak dicatat
  5. Mndapatkan tema yang muktamad


          Hasil pengklasifikasi dan pengkategorian yang telah dibuat , data boleh dilihat melalui rajah pokok . Seterusnya , melalui data daripada rajah pokok yang telah dibuat tersebut , saya telah menceritakannya melalui penulisan naratif bagi menghasilkan sebuah laporan yang lengkap. Laporan tersebut merangkumi semua kata kunci yang telah dikategorikan.     



        Sekarang masa untuk menyiapkan laporan dan menguploadkan ke dropbox serta yahoogroup masing-masing :)